Budaya China (kawasan)

Rencana utama: Budaya China

Agama dan Kepercayaan

Agama-agama utama di China adalah:

  • Taoisme - jumlah sebenar tidak diketahui
  • Buddha - jumlah sebenar tidak diketahui [lebih kurang 8%]
  • Kristian - 2 ke 4% (diperoleh daripada kajian Barat, hasil kajian China rasmi menunjukkan kurang daripada 1%)
  • Islam - 1% ke 2%
  • Falun Gong - jumlah sebenar tidak diketahui (tidak mengakui dirinya sebagai "agama", meskipun menurut pandangan akademik merupakan amalan kerohanian, jumlah mengikut Falun Dafa yang dihebohkan turut dianggap tidak boleh dipercayai)

Meskipun Republik Rakyat China secara rasminya merupakan negara ateis (tidak beragama) namun kepercayaaan agama masih diamalkan di bawah pengawasan ketat oleh kerajaan. Mengikut sejarah, Taoisme dan agama Buddha sejak sekian lama merupakan agama-agama utama masyarakat Cina, dan masih diamalkan oleh masyarakat Cina di luar kawalan secara langsung daripada Republik Rakyat.

Kebelakangan ini, Falun Gong, satu amalan kerohanian yang menggabungkan amalan agama Buddha dan Taoisme, telah menctuskan kontroversi besar setelah kerajaan Republik Rakyat China melabelkannya sebagai ajaran sesat yang jahat dan memulakan cubaan menghapuskannya. Falun Gong sendiri menafikan bahawa dirinya merupakan ajaran sesat atau agama. Falun Gong mengakui mempunyai kira-kira 70-100 juta orang pengikut, bilangan yang lebih tinggi sedikit daripada anggaran pihak luar, namun jumlah yang setepatnya masih tidak diketahui. Pengikut kumpulan ini lazimnya memprotes untuk menentang penindasan yang dikenakan terhadap mereka, di dalam dan luar negara.

Seni, pendidikan dan kesusasteraan

A porcelain workshop in Jingdezhen city, Jiangxi Province.

Kesusasteraan Cina mempunyai sejarah yang lama dan padat serta masih berterusan, sebahagiannya kesan perkembangan teknologi pencetakan sewaktu Dinasti Song. Sebelum itu, manuskrip Klasik dan catatan keagamaan (terutama ajaran Confucius, Taoisme, dan Buddha) ditulis dengan tangan menggunakan berus dakwat (awalnya mencakar cangkerang) dan diedar kepada rakyat jelata. Akademi para pengaji yang ditaja oleh kerajaan empayar ditubuhkan untuk mengulas hasil-hasil ini dalam kedua-dua bentuk dicetak dan ditulis. Ahli kerabat diraja kerap menyertai perbahasan sebegini. Berpuluh ribu hasil tulisan purba masih bertahan lama hingga masa kini dan lebih lagi, daripada tetulang hingga fatwa Dinasti Qing, yang ditemui setiap hari, secara formalnya digunakan untuk tujuan perubatan Cina.

Topeng opera Peking.

Sejak berabad lama, peluang untuk kemajuan ekonomi dan sosial di China boleh disediakan oleh prestasi tinggi dalam peperiksaan diraja, maka tercetusnya konsep meritokrasi, namun dalam amalannya sistem ini hanya menyebelahi orang lelaki sahaja dan tidak terlalu miskin agar mampu membuat persediaan peperiksaan, kerana pembelajaran masih diperlukan untuk mencapai keputusan terbaik. Walau bagaimanapun, sistem ini ketara bezanya daripada sistem Eropah yang mementingkan kebesaran keluarga. Peperiksaan diraja mewajibkan para calon menulis esei dan mendemonstrasi penguasaan mereka dalam falsafah Confucius. Calon yang lulus tahap tertinggi peperiksaan ini dialntik sebagai pegawai cendekiawan elit atau jinshi, kedudukan sosio-ekonomi yang disanjung tinggi.

Ahli falsafah, pengarang dan penyair Cina sejak sekian lama menjadi ahli masyarakat yang disanjung tinggi dalam pelbagai segi, dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan dan memupuk budaya empayar ini. Akan tetapi tindakan sesetengah ilmuwan melakarkan cara hidup para rakyat China yang biasa dalam gambaran yang tidak disukai menimbulkan kemarahan kerajaannya. (Lihat Senarai penulis China dan Senarai sasterawan China)

Para orang China telah mencipta pelbagai instrumen muzik seperti zheng, xiao dan erhu, yang telah berkembang penggunaan mereka di sebanjang Asia Timur dan tenggara khususnya di kawasan pengaruh China. Alat muzik sheng adalah asas bagi pelbagai alatan muzik "free-reed" Barat.

Tulisan China mempunyai pelbagai variasi dan cara penulisan sepanjang sejarah China, dan telah "diringkaskan" pada pertengahan abad ke 20 an. Kaligrafi China merupakan seni yang tinggi statusnya di China, lebih tinggi daripada melukis gambar dan muzik sekalipun. Disebabkan kaligrafi disamakan pengunaannya dengan seorang pegawai kerajaan yang terpelajar, ia menjadi komersial dan para tulisan mereka menjadi barang berharga.

Variasi dan keindahan landskap China merupakan sumber inspirasi lukisan-lukisan China yang agong. Lihat Lukisan China untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Kaligrafi, sushi dan bonsai adalah seni warisan lama di China dan berkenbang ke Jepun dan Korea.